Translate

GALERIA

Case Study: Dr. Kamal Affandi

Maa Takaful Hajj


Salam semua,
Siapa yang tidak kenal dengan Penganalisis Jenayah terhebat di Malaysia, Dr. Kamal Affandi Hashim. Secara peribadi, saya amat mengagumi beliau dan beliau wajar dijadikan contoh dan ikutan positif. Celotehnya di segmen Black Maria di Bernama radio memang saya nanti nantikan setiap minggu.
  Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kisah Dr. yang mengalami penyakit yang sangat jarang kita dengar iaitu penyakit Arteriovenous Malformation (AVM). Ia adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada urat di kepala yang abnormal sekaligus menggangu koordinasi badan dan boleh membawa kepada migrain dan seterusnya fatal.

Analisa case study di atas;
  1. Penyakit AVM adalah penyakit kongenital (sejak lahir).
  2. Majoriti operator-operator Insurans/Takaful tidak cover penyakit berkaitan kongenital melainkan pelanggan membeli produk-produk tertentu berkaitan kongenital coverage.
  3. Penyakit AVM tidak tergolong dalam kategori Penyakit Kritikal. di MAA Takaful, kami cover 46 Penyakit Kritikal.
  4. Hanya mempunyai 2 cara pembedahan. Satu cara berisiko sangat tinggi, satu cara lagi ialah dengan menggunakan hi-tech Cyber-Knife yang berisiko terkawal.
  5. Minimum kos pembedahan melalui Cyber Knife ialah RM 40,000.00 .Ini tidak termasuk kos rawatan susulan setiap 6 bulan.
  6. Menurut sumber, hanya 4 hospital di Malaysia yang  mempunyai fasiliti pembedahan cara Cyber Knife. Keempat-empat hospital ini ialah hospital swasta. Ini kerana kos mesin ini sangat tinggi dan tidak ramai doktor pakar yang boleh mengendalikan cara pembedahan ini.
  7. Penyakit ini jika tidak dirawat, boleh membawa kepada kematian atau cacat kekal(TPD).
Moral of this story:
  1. Walaupun Dr. Kamal telah pun memliki insuran/takaful yg cover bil perubatan (medical card), namun ia tidak boleh digunakan kerana penyakit yang telah di alami ialah penyakit berkaitan masalah sejak lahir (kongenital). Pihak insurans/takaful still tidak akan cover kos walaupun pelanggan tidak pernah tahu yang dia memilikinya. Antara penyakit-penyakit kongenital lain ialah masalah mulut sumbing, down syndrom, autisme, asthma dan yang paling famous ialah masalah jantung berlubang di kalangan kanak-kanak.
  2. Cuba bayangkan jika anda yang berada di situasi Dr Kamal. Anda tidak mempunyai individual medical card coverage atas apa sahaja sebab. Jika anda seorang gomen yang 100% berharap pada perkhidmatan hospital awam, agak-agak apa nasib anda jika jadi macam ni? Anda ada savings RM40,000 tak? Anda yang bekerja di sektor swasta yang sangat mengharapkan majikan anda cover medical bill, apa agaknya akan terjadi sekiranya rawatan ini menggangu prestasi kerja anda? agak - agak berapa lama majikan anda nak 'simpan' anda? Apa akan terjadi pada kos rawatan susulan selepas anda diberhentikan? milikilah Smart Medic 200 dari Maa Takaful. Sila klik DI SINI
  3. Walaupun majoriti syarikat Insurans/Takaful tidak cover medical bill berkaitan masalah kongenital, ini tidak bermakna yang Medical Card adalah useless dan satu kerugian jika memilikinya. Anda perlu melihat dari skop yang lebih luas. Ada beratus masalah dan jenis penyakit lagi yang anda masih memerlukan perlindungan bil perubatan. Jadi tidak kira lah apa pekerjaan & sektor anda, perlindungan bil perubatan adalah sangat sangat penting untuk zaman kini dan akan datang.
  4. Walaupun medical card tak cover, tapi Anda masih layak untuk menerima pampasan kematian atau TPD (cacat kekal). 




 

Contoh Bil Hospital Menggunakan Medical Card MAA Takaful

Claim #

Hospital: Hospital Columbia Asia, Cheras 
Jumlah hari warded: 8 hari
Punca sakit: Bronchitis
Total Bil Hospital : RM 4,904.30
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 113.51







Claim #

Hospital: KPJ Ampang Puteri 
Jumlah hari warded: 2 hari
Total Bil Hospital : RM 5,341.45
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 40.00







Claim #


Hospital: Hospital Pusrawi Sdn Bhd 
Jumlah hari warded: tak sampai 24 jam
Punca sakit: wallahu'alam..
Total Bil Hospital : RM 8,069.40
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 4

untuk zoom in, sila right klik → open in new tab

untuk zoom in, sila right klik → open in new tab
Jika merujuk pada kes di atas, pesakit ni masuk hospital xsampai 24 jam pun, tapi dah kena bil 8 ribu lebih. Mujur lah client ni ada medical card. Alhamdulillah, client ni telah memiliki Smart Medic 100 Pelan 2 (sila rujuk jadual DI SINI).

Pihak Maa Takaful tidak mengenakan langsung sebarang ko-takaful(selagi mengikut terma & syarat) jika anda masuk hospital. Anda bayangkan kes di atas jika dia memliki kad perubatan dari syarikat lain yang wajib bayar ko-takaful 10% , dah la masuk tak sampai sehari, lepas tu siap kena top up duit sendiri RM800 (10% ko-takaful) lak tu. Solusi kepada situasi ni ialah, ko-takaful boleh di'kowtim' dengan pengambilan rider elaun hospital.
Jika anda menggunakan Elaun hospital untuk offset(cover)  kos ko-takaful, anda sebenarnya telah melakukan beberapa kesilapan kecil. First, fungsi elaun itself tu beerti memberi additional cash selepas keluar hospital, tapi anda menggunakannya untuk cover cash yang anda bayar ko-takaful. Secondly, anda seolah-olah 'terpaksa' add-on rider Elaun Hospital. Ini beerti anda telah membayar 'extra' premium bulanan untuk rider ni.
:-(

Ada ke elaun hospital sampai RM 800 sehari? ok ok, kalau lah pun ada, anda pernah terfikir tak berapa kos tabarru' (service charge) yang anda bayar tiap² tahun hanya untuk miliki rider yang tak berapa releven (ikut situasi gak) ni?
So, aper solution nya?? Miliki lah Smart Medic 100 Pelan 2 dan ke atas. Dengan kenaikan kos perubatan yang melampau lampau lately, Pelan 1(bilik RM150) sememangnya x best langsung. Rasanya bilik ni kena share dengan pesakit lain. Kalau patient tu jenis senyap or still x sedar and takde orang ziarah, kira ok lah. Tapi kalau kena patient yang kaki sembang kuat and satu famili datang ziarah x putus², kita pun akan rasa rimas. So, miliki lah Smart Medic 100 Pelan 2 dan ke atas. Nak lagi best beli Pelan 4, boleh dok dalam Prince Court. bilik lagi selesa dari bilik Cititel :-P


Claim #2

Hospital: Assunta PJ
Jumlah hari warded: 5 hari
Punca sakit: suspected bronkitis..
Total Bil Hospital : RM 4,717
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 29.25


untuk zoom in, sila right klik → open in new tab

untuk zoom in, sila right klik → open in new tab
Claim #3
Hospital: Columbia Asia Puchong

Punca sakit: Apendiks

Total Bil Hospital : RM 10,600++
Total cash yg pesakit kena bayar = RM 0
credit to En Harris
untuk zoom in, sila right klik → open in new tab

Case #4
Hospital: Hosp Fatimah, Ipoh
Jumlah hari warded: 3 hari
Total Bil Hospital : RM 1,929
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 0



untuk zoom in, sila right klik → open in new tab
Claim #5

Hospital: GLEANEAGLES INTAN, KL
Jumlah hari warded: 5 hari
Punca sakit:anterior cruciate ligament meniscus tear (ligamen koyak)
Total Bil Hospital : RM 16,838.40
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 115.80


Pesakit ni cuma perlu chip-in cuma RM 115.80. jika refer pada bil di atas, pesakit mungkin request extra items. the point is, anda tak perlu risau tentang 10% ko-takaful..


Claim #6

Hospital: SJMC
Jumlah hari warded: 3 hari
Punca sakit: Thyroid
Total Bil Hospital : RM 11,593.00
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 101.80
https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=f6b037df40&view=att&th=13d1a6458d77a3cd&attid=0.1&disp=inline&realattid=1428105344052101120-1&safe=1&zw&saduie=AG9B_P8SaTmoDKcS9sOsKihY9JE8&sadet=1361947799921&sads=nZ6W96QnEMfusZghraqIRmYCbq0 
https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=f6b037df40&view=att&th=13d1a64dc113c5d3&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P8SaTmoDKcS9sOsKihY9JE8&sadet=1361947792938&sads=QM4jVkVQCWuXtdbXPXX9ha3072s&sadssc=1



Claim #7

Hospital: KPJ SELANGOR
Jumlah hari warded: 4 hari
Punca sakit: Apendiks
Total Bil Hospital : RM 11,317.00
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 64.00










Datang Balik Lagi 3 Minggu..

Ni lah jawapan doktor di salah sebuah hospital awam di area Selangor yang merawat pesakit ini. Pesakit ni adalah pencen gomen yang sedang mengalami masalah Chronic Anal Fissure, dalam bahasa pasar, mengalami luka di dinding usus besar. Memang lah masuk hospital awam bayar RM5(lagi murah dari paking tiket) je utk gomen. Siap dapat bilik Kelas A lagi. Chronic Anal Fissure ni sangat popular selalu kena kat orang lelaki. So pada mereka yang ingat hospital awam cover semua surgery, sila sambung baca...

Tatkala menahan kesakitan, kena lagi tunggu turn 1jam lebih. Doktor check xsampai 10minit dia bagi ubat painkiller dan ointment. Bukan shj dia cakap hospital awam tak provide this type of surgery, dia siap soh datang balik lagi 3 minggu utk tengok progress.
Lagi 3 minggu??? everytime nak buang hadas besar sikit punyalah azab, lagi azab dari migrain. Inikan pula nak tunggu lagi 3 minggu!! mana boleh tahan, bro!
To be fair to the doctor, ini BUKAN salah dia. doktor cuma ikut SOP hospital je. Nisbah doktor-pesakit di Malaysia ni 1:800 .Boleh tunggu?
SOLUSI
pesakit ini mau tak mau terpaksa pergi hospital swasta. It's very unfortunate pesakit ni tak mempunyai medical card dari mana2 syarikat takaful. takpelah, nak buat camner. yg dah lepas tu lepas lah.
Register kat kaunter: 7 minit
Naik ke tingkat 1 untuk ke bilik specialist: 1 minit
Consultation dari specialist: 35 minit
Keluar je dari bilik specialist, dia siap bagi surat untuk buat surgery. Best tak?! 
Ni bil hospital yang kena bayo :-(


Hospital: Hospital Ampang Puteri
Jumlah hari warded: 3 hari
Punca sakit: Chronic Anal Fissure
Total Bil Hospital : RM 5,502.55 (5,213.45 + 289.10)
Payment Mode: apalagi, CASH la bro!! nak wat camner, xde Medical Card
MORAL
tak kira lah anda seorang kakitangan awam atau swasta sekalipun, tak semua services/ubat disediakan oleh pihak hospital awam. Semasa anda sihat walafiat, anda anda pilihan untuk mendapat coverage atau tak. Tapi kalau anda dah sakit, syarikat insuran ada hak untuk tidak memberi anda coverage. 
Di Maa Takaful, miliki lah Smart Medic 100 kami yang tiada Ko-Takaful. Anda tak perlu nak perabis duit 10% ko-takaful. Dalam kes di atas, pesakit ni xperlu keluar duit RM500++ kalau dia dah pun miliki Smart Medic 100..
Time employment, memanglah majikan yang cover medical bills anda. Tapi anda tak boleh gerenti yang anda boleh bekerja di syarikat tu sampai pencen. Along the way sure ada cabaran/isu yg akan melanda. My advice, juz be prepared. wallahu'alam...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

moral: Medical Card boleh dibeli ketika sihat, tapi digunakan ketika sakit..






Status Wang Pampasan dari Polisi Konvensional

salam semua,

Konsep perlindungan Takaful masih baru lagi di negara kita. Ia mula mendapat perhatian khususnya orang-orang Islam di negara ini  sejak 4-5tahun kebelakangan ini. Kini perlindungan Takaful menjadi pilihan No.1 pada mereka yang ingin mendapatkan perlindungan.

Kepada pelanggan yang telah pun memiliki polisi Insurans (konvensional) pasca gelombang Takaful, mereka kini mempunyai dilemma yang sangat serius: apakah hukum memiliki polisi Insurans(konvensional) dan apakah status bagi wang pampasan sekiranya berlaku kematian pada pemegang polisi...

Adalah menjadi kewajipan saya sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi sebagai seorang yang mendukung muamalah Islam untuk share info di bawah:
   

 sila klik pada gambar untuk full image

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20-22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
     
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
     
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.





CLAIM

Benarkah Insurance/Takaful ni Susah Sangat Nak Claim?

Kenapa situasi ini kadang kala terjadi? Bernarkah syarikat2 Takaful ni susah sangat nak claim? Mari kita lihat di bawah. Inilah klausa2 yang membuatkan claim susah atau tidak dapat diberi jika melanggar klausa di bawah;
Situasi ini sering terjadi jika anda memilih mode of payment menggunakan tunai(cash). Kadang kala kita boleh terlupa untuk membuat simpanan bulanan dalam akaun Takaful. Oleh itu sekiranya tiada sebarang simpanan dibuat selepas 31hari dari tarikh ‘due’ , polisi berkemungkinan besar akan lapsed atau terbatal. Di Maa Takaful, anda boleh monitor policy anda dengan menggunakan web login ‘My Account’ . setiap pemegang polisi akan diberikan satu ‘My Account’ secara PERCUMA. Untuk cara penggunaan, sila klik DI SINI.

Anda perlu menyemak isi kandungan yang terdapat dalam policy(sijil). 99% customer memang tak baca fine print dalam policy selepas terima. So selalunya agen takaful akan explain briefly tentang apa yang cover dan apa yang exclude. 
Sebagai contoh, masih ramai customer yang beranggapan bahwa mereka akan automatic layak dapat pampasan jika mengidap penyakit kritikal kerana mereka mengambil manfaat critical illness. Sebagai contoh, jika anda disahkan menghidap kanser payudara( breast cancer) stage 2 dan ke bawah, anda masih belum layak untuk menerima pampasan dibawah rider Critical Illness. Melainkan anda ada mengambil rider ‘early payout ‘ atau Cancer Care (sila klik DISINI ) . Pampasan hanya diberi jika doctor sahkan penyakit anda berada tahap stage 3 dan ke atas.  

Operator Takaful berhak untuk membuat pengecualian di dalam kontrak untuk mereka yang sudah mempunyai penyakit terdahulu (‘pre-existing condition’)  atau mereka yang berisiko tinggi.

Contoh, jika anda seorang die-hard smoker, anda masih boleh mengambil takaful, tetapi operator takaful ada hak untuk exclude mana-mana manfaat dari polisi anda. Satu lagi contoh, anda pernah/masih mengalami penyakit asma sebelum ini. selepas itu baru anda nak apply medical card. Operator takaful ada hak untuk meminta anda buat medical check-up. pihak underwriter mungkin akan exclude apa saja penyakit yang berkaitan dengan respiratori , bergantung pada tahap kesihatan anda.





Semasa mengisi borang cadangan(proposal form) takaful, customer wajib declare tahap kesihatannya for the past 10 years back or so. Customer juga wajib declare job description masing masing supaya pihak takaful boleh determine tahap apa risiko customer itu. Jika gagal declare secara sengaja atau tidak sengaja, operator takaful ada hak untuk tidak membayar sebarang tuntutan seperti termaktub dalam klausa policy(sijil).
 


Terdapat manfaat manfaat yang mempunyai waiting period dari tarikh commencement . sebagai contoh, penyakit2 kritikal hanya dapat dilindungi selepas polisi berkuat kuasa lebih dari 120 hari. Untuk info lanjut tentang waiting period ni, sila hubungi ejen takaful anda.




KOMPLIKASI JANTUNG
Inilah yang mungkin terjadi apabila pesakit yang terlalu ramai menyebabkan kualiti kerja doktor menjadi tanda tanya. Tidak adil untuk salahkan doktor 100% sebab mereka pun manusia biasa yang perlukan rehat yang cukup. Jika mereka merawat beratus-ratus pesakit setiap hari, konfem lah diorg akan stress & prestasi kerja pasti akan turun. Jadi, sebagai bakal pesakit, anda mempunyai pilihan sama ada mahu ke hosp awam ataupun swasta. peace! :-)
to zoom in, right click --> open in new tab
Moral Dari Kisah di atas;
1) Jangan sesekali berharap yang majikan akan menanggung kebajikan anda 100% tidak kira anda ni permanent staff or staf kontrak. Apatah lagi dikala anda tidak mampu lagi bekerja atau boleh dikatakan 'liabiliti' pada syarikat. 
2) walaupun duit dalam bank anda hanya ada RM70++ ,jika anda memiliki kad perubatan (medical card) yang BEBAS KO-TAKAFUL seperti MAA TAKAFUL Smart Medica 100 atau mana-mana medical card zero ko-takaful dari company lain, anda xperlu risau untuk bayar 10% ko-takaful. seperti contoh di atas, bil hospital bob dalam RM6500. mana mau cekau RM650(10% ko-takaful) kalau duit dalam bank cuma ada RM70 ?? pikey-pikey kan la yer..
3) Jika anda seorang obesiti atau terlebih berat, jangan susah hati. InsyaAllah, jika anda ingin mendapatkan perlindungan takaful / medical card, pihak takaful masih sudi menimbang application anda. Dengan syarat anda belum lg menghidap penyakit2 serius. Loading premium hampir pasti akan dikenakan. tapi lihat lah dari sudut positif; lebih baik bayar premium mahal sikit daripada takde coverage langsung. tul x? :-)

Walaupun pesakit ini seorang guru (kakitangan awam) yang melayakkan beliau untuk menggunakan kemudahan secara hampir percuma di mana-mana hospital awam, ternyata sekali ia langsung tidak memadai. Anda berhak membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan medical yang terbaik dan mencukupi. Jawapannya ialah milikilah Medical Kad individu..

Kemungkinan besar insuran yang dimiliki oleh pesakit di atas ialah insurans berkelompok ( group medical insurans) yang disediakan oleh majikannya.